KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF yang bertindih dengan kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berlangsung hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (MFL) Datuk Stuart Ramalingam berkata tarikh jadual kejohanan dikeluarkan itu memberi kesan kepada dua wakil negara yang turut serta, masing-masing Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC.
"Pasukan kebangsaan adalah keutamaan MFL seperti juga saingan kelab MFL dalam pertandingan AFC di mana kedua-duanya amat penting untuk pembangunan pasukan kebangsaan (dan) kita dalam situasi rumit disebabkan penentuan tarikh (AFF) yang berlangsung dengan tarikh AFC.
"Kami harap AFF boleh tentukan tarikh sesuai bukan untuk Malaysia saja tetapi untuk liga-liga lain di rantau ini. Kita semestinya akan berbincang bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) (apa yang perlu) dillaksanakan untuk capai keputusan paling sesuai buat MFL dan juga pasukan kebangsaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
AFF sebelum ini mengumumkan jadual kejohanan Piala AFF akan berlangsung pada 23 Nov sehingga 21 Dis depan.
JDT akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bagi menghadapi dua perlawanan pada 25-27 Nov dan 2-4 Dis depan.
Sementara Selangor FC terlibat dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada 26-28 Nov dan 3-5 Dis depan.
Selain Malaysia, saingan tersebut juga menyaksikan beberapa kelab dari Thailand, Vietnam, Singapura dan Filipina akan turun bertanding bagi Zon Timur.
Stuart dalam pada itu enggan membuat spekulasi awal mengenai kejohanan AFF yang berkemungkinan berlangsung hambar ekoran tarikh bertindih, sebaliknya membiar perkara berkenaan untuk dibincang bersama FAM.
"FAM pun mungkin sudah ada percaturan mereka sendiri dan MFL akan sedia membantu dalam mana-mana percaturan itu bukan saja untuk pasukan kebangsaan tetapi juga keutamaan kepada pasukan kita yang bersaing dalam AFC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Stuart berkata tarikh jadual kejohanan dikeluarkan itu memberi kesan kepada dua wakil negara yang turut serta, masing-masing JDT dan Selangor FC. - Gambar fail/Bernama
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
“Laporan kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan”- MB Johor
Dakwaan itu ulangi persepsi negatif menggagalkan pembangunan Forest City yang pernah dilakukan pihak tertentu pada 2018, tegas Onn Hafiz.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.